Pada minggu ini saya dan pasangan di tugaskan untuk membuat brochure dan booklet berdasarkan tajuk yang diberi kepada kami seawal kelas dahulu iaitu e-learning dan m-learning.Kami juga diarahkan untuk mempelajari tentang bitmap dan vector melalui grafik jenis 2D.
Vector:t
Suatu format gambar yang disusun berdasarkan vektor dengan tujuan mengecilkan penggunaan tempat penyimpanan data. Maklumati yang digunakan diantaranya adalah kedudukan titik awal, titik akhir dan arahnya yang dikira berdasarkan metode matematika (Bezier, Spline, NURBS,dll) sehingga dapat diperbesar dan diperkecil tanpa merosak kan kualitinya.
Bitmap:
Pemetaan bit. Gambar grafik komputer yang terdiri atas titik-titik yang membentuk baris dan ruangan. Garisan yang terbentuk terdiri atas titik dan pixel. Pada citra raster, citra terdiri atas barisan pixel dan bukan vektor yang memiliki koordinat. Satu titik diwakilkan oleh satu atau lebih bit data. Makin banyak bit yang digunakan untuk mewakilkan satu titik, makin banyak warna dan bayangan abu-abu yang boleh digambarkan.
Saya juga telah memuat turun GIMP untuk tujuan mengedit gambar-gambar.
Cara-cara memuat turun GIMP:
- Buka enjin pencarian seperti google chrome,mozilla firefox atau internet explorer.
- Kemudian taip kan gim di ruangan yang disediakan.
- Setelah berjaya membuka laman web gimp,klik di bahagian `download' dan kemudian ikut sahaja segala arahan yang dinyatakan.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BROCHURE DI MICROSOFT PUBLISHER:
1.Pertama sekali,buka microsoft publisher,dan klik di bahagian brochure seperti gambar di bwh.
2.Kemudian pilih design yang anda inginkan.
3.Setelah itu,boleh lah anda isi segala maklumat yang menarik berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
4.Kita juga boleh mengisi segala gambar yang telah kita edit di GIMP atau paint.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BOOLET:
1.Buka microsoft word.
2.Kemudian klik page layout>page setup>bookfold seperti gambar dibawah.
![]() |
3.Letak kan muka surat hadapan dengan gambar yang telah di edit di GIMP atau paint.
4.Kemudian masukkan segala maklumat yang anda perolehi untuk tajuk-tajuk andA
. |
| contoh booklet saya. |
Setakat ini,itu sahaja refleksi untuk tugasan kali ini,banyak pengetahuan baru yang saya perolehi melalui tugasan kali ini.




No comments:
Post a Comment