Thursday, 15 December 2011

Tugasan minggu ke 7-8

Hai..,


Pada minggu ini,kami ditugaskan untuk membuat laporan berformatkan artikel jurnal dan menggunakan SPSS.


STATISTICAL PACKAGE FOR SOCIAL SCIENCE(SPSS)


Apakah yang dimaksudkan dengan SPSS?


    SPSS adalah program komputer yang digunakan untuk membuat analisis statistik.SPSS digunakan untuk data  penyelidikan,organisasi pemasaran dan pelbagai lagi.Kita boleh mendapat hasil kajian dengan melihat pada purata,mode,median,dan peratusan analisis. SPSS di buat oleh SPSS Inc. SPSS( Statistical Package for the Social Science) . Versi yang pertama kali di keluarkan adalah dicipta oleh Norman Nie pada tahun 1968.Beliau adalah seorang lulusan Fakulti Ilmu Politik dari Universiti Stanford.Sekarang beliau adalah profesor Peneliti Fakulti Ilmu Politik di Stanford dan Profesor Emeritus Ilmy Politik di Universiti of Chicago.


CARA MENGGUNAKAN SPSS.


Pertama sekali kita perlulah mengisi data pada `variable view' terlebih dahulu.


data-data ini akan digunakan pada data view untuk mengisi hasil kajian kita.
FUNGSI-FUNGSI VARIABLE:



Name:  Tajuk utama pada setiap soal selidik.( contohnya  tajuk utama bagi soalan soal selidik contohnya, S1(soalan 1) sebagai tajuk pada data view. 

Type: Jenis data untuk di rekodkan. ( jenis numeric,dot,string)

Width:kelebaran yang akan di paparkan pada data view.

Decimal:  numbor perpuluhan yang akan di paparkan apabila anda melihat pada “value level”

Label: Anda boleh memasukkan soalan-soalan soal selidik anda.

Values:  number untuk jawapan daripada jawapan anda. Contohnya ; 1=lelaki 2= perempuan)

Columns:  menunjukkan kelebaran colum variable pada Data view.

Align: mentukan sama ada data adalah left justified(mengarah ke kiri),right justified (mengarah ke kanan), ataupun centre( tengah-tengah)
Measure Menerangkan keadaan pengukuran kajian kita.
Nominal=lebih daripada dua kategori,contohnya spesis kehidupan ada yang omnivore,karnivor,herbivore.
Ordinal=sama macam nominal, tetapi mempunyai aturan logic  contohnya  sangat tidak setuju,kurang setuju,setuju,sangat setuju.).




DATA VIEW


Barisan menegak adalah senarai data. Anda bolehlah memasukkan dapatan soal selidik ataupun apa-apa hasil kajian anda di sini.
Klik pada data view ,anda  boleh memasukkan hasil data daripada kajian anda,jika mahu lakukan pembetulan bolehlah pergi kembali pada variable view dan lakukan pembetulan di situ.

CARA UNTUK MELETAK KAN MAKLUMAT GRAF DAN HASIL KAJIAN DI `MICROSOFT OFFICE' ATAUPUN `WORDPAD'.

1.klik bahaian kanan tetikus di bahagian yang ingin ingin disalin.

klik di bahagian copy
2.kemudian klik `paste' di laporan di microsoft office.

CARA UNTUK MEMBUAT CARTA PAI:

1.Pastikan berada dalam `variable view'.
2.Kemudian klik di bahagian analyze<descriptive statistics<frequencies.

3.Selepas itu,tekan butang *ctrl dan A secara serentak untuk salin semua dan tekan di bahagian yang saya tandai.


sehingga jadi seperti ini
4.Kemudian klik ok di bahagian bawah itu.Segala data yang diperlukan akan keluar.


MENULIS REPORT DALAM BENTUK JURNAL.


MANFAAT MENULIS ARTIKEL
  • memperoleh pengakuan profesional dari kalangan profesinya 
  • memperdalam penguasaan bidang ilmu
  • memperlancar peningkatan karir akademik atau jabatan fungsionalnya
  • berpartisipasi dalam penyebaran dan pengembangan ilmu
LANGKAH-LANGKAH PENULISAN

  • Pengembangan isi
  • Perencanaan naskah
  • Pengembangan perenggan
  • Penulisan draf
  • Membuat semakan terakhir 
Kerangka isi artikel penelitian
  1. tajuk
  2. abstrak dan kata-kata kunci
  3. pendahuluan
  4. kajian lepas
  5. metode
  6. hasil atau dapatan kajian
  7. pebincangan
  8. cadangan dan kesimpulan
  9. lampiran (jika ada)


Cara untuk membuat report tetapi menggunakan formal artikel jurnal.


1) Tajuk= Berdasarkan kaitan kajian .
2) Abstrak= Secara keseluruhannya ianya adalah untuk menyatakan keseluruhan kajian,seperti sinopsis Abastrak juga adalah rujukan bagi seseorang untuk mencari bahan bacaan.


  • Biasanya 200 patah perkataan.  atau setengah halaman sahaja.
  • Mengolah persoalan kajian,latar belakang masalah,kepentingan masalah,nyatakan masalah.
  • Pendekatan metadologi, secara ringkas terangkan tentang langkah-langkah melakukan soal selidik,skop kajian,tentang subjuk kajian.
  • Hasil kajian, olah dengan ringkas hasil kajian,keputusan secara kualitatif,peratusan,min,atau jumlah.Nyatakan keputusan berdasarkan objektif kajian.
  • Ringkasan kesimpulan,berdasarkan fakta dan kajian.

 3)Pendahuluan


  • Latar belakang kajian,rumusan kajian.

4)Kajian lepas, adalah untuk mencari model kajian yang boleh mendukung kajian kita,mencari definisi,menentukan lingkup penelitian,topik-topik yang boleh dijadikan penelitian kajian kita.Dalam kata lain,ianya adalah untuk merangka teori untuk dijadikan penelitian dalam kajian kita.


  • Membaca penulisan ilmiah yang lepas
  • Menilai penulisan itu.Pastikan penulisan adalah berkualiti,boleh dipercayai,objektif yang berkaitan dengan tujuan kajian dan mencukupi.
  • Membuat ringkasan penulisan ilmiah dalam penulisan itu
  • Gabungkan penulisan ilmiah tersebut menjadi sesuatu yang anda boleh jadikan penyelesain masalah kajian anda. Bagi pendapat sama ada anda setuju dengan pandangan mereka atau sebaliknnya.
5) Metadologi kajian.
  • Terangkan secara teliti bagaimana anada membuat kajian itu. seperti membuat carta alir langkah-langkah membuat kajian.
  • Nyatakan cara pengumpulan maklumat,contoh,dimana membuat kajian,berapa orang diperlukan,instrument-instrument yang di guna.
  • Berikut adalah ringkasan carta alir langkah-langkah membuat kajain saya.

6)Dapatan kajian atau hasil kajian
  • Kumpulkan semua data,graf ataupun jadual min atau apa-apa hasil kajian kualitatif mahupun kuatitatif.
  • Nyatakan data-data hasil soal selidik.
  • Bincangkan secara ringkas.
7) Perbincangan
  • Bincangkan dengan teliti hasil kajian anda.
  • Kaitkan hasil data dengan objektif kajian,
  • Bincangkan permasalahan dan kaiatan dengan hasil data.
8) Cadangan dan Kesimpulan.
  • Simpulkan dengan teliti keseluruhan dapatan kajian,objektif tercapai atau tidak
  • Berikan pendapat kebaikan kajian anda cara untuk menagani permasalahan yang anda dapat daripada kajian

RUJUKAN:


Sekian sahaja untuk tugasan kali ini.Banyak input yang saya peroleh melalui tugasan ini.Saya juga sudah mengetahui memperoleh maklumat daripada data-data yang diperolehi dengan mudah.








No comments:

Post a Comment